blogger background

blogger background
nice view

Thursday, January 27, 2011

Faithful Love..!

Kata Hati Ku??
mesti la aku cinta dia...


Turut Hati??
kalau turut hati, mesti la aku x kan tinggal kekasih sebaik dia..


Bahagia??
Yup, sudah tentu sebab kalau ada masalah kami kongsi bersama..


Kecewa??
kecewa kerna memilihnya, aku rasa tidak sebab hati aku terbuka luas untuknya, memang aku kenal hati dia..


Nak tahu camna kami bermula hubungan???


Masa itu, aku pergi jumpa kawan baik aku kat Char Keteow Permatang Pauh, dalam masa yang sama mamat ni bawa awek dia, awek dia pula mai dengan sepupu dia(kekasih aku). Masa tu pula aku tengah solo, saje la sembang gedik - gedik santai ngan sepupu awek kawan aku ni. Sembang punya sembang, dia cakap dia kerja kat syarikat insurans sebagai kerani jer, then aku pun cakap la, "haaa...nanti kalau saya nak bli insurans, boleh la saya berhubung terus kat awak".


Dia bagi ayat baik dan ikhlas, "boleh jer".
Aku balas dengan slumber, " kalau macam tu, bagi la no fhone, nanti senang nak call".
Mula - mula dia nak bagi no office, pastu aku cakap, " eh...susah la no office, sebab kita kenal kat sini, saya direct awak jer lagi senang"
Dia bagi respond, " ok, ambik la no fhone, 017-487****".
hehehee..dalam hati, wah dapat juga aku pikat kali ni.
Pastu masa on the way balik, aku terus mesej dia, tanya dia, " awak dah sampai rumah ke, risau ni?".
heheheeee...ayat pertama dalam handphone...
Then, mesej terus la sampai lupa nak beli insurans, hahahahhaaaaa...

Haaaaaaa...tu lah saat - saat permulaan bibit - bibit cinta yang ikhlas, dari nakal - nakal jatuh ke hati juga.
Haa...kamu semua macam mana pula??..xkan xleh kongsi??

Diri Aku?????

Kadang  - kadang kita tidak sedar kita sekarang sudah berada di tahap yang orang lain tidak boleh capai, tetapi bila kita berada dalam golongan di tahap seperti kita, kita berasa seperti biasa. Tetapi, bagi orang yang tahap dibawah kita, mereka akan berkata, " wah, pandainya kamu, aku x macam kamu, kamu pandai, kamu orang berjaya, kamu orang yang mulia, kamu orang yang berani, kamu orang yang ikhlas". Tapi bagi diri kita, kita akan berkata, " wah, betul ke aku macam itu?, aku rasa seperti biasa saja, apa yang ada kelebihan aku erk?". Kita sebenarnya tidak nampak apa yang ada pada diri kita, kita nampak orang itu baik ke jahat ke, tapi diri kita sendiri x akan nampak, hanya orang yang dapat menilai diri kita.

Bagaimana ini boleh berlaku?????

Siapa diri kita sebenarnya?????

Macam mana kita nak tahu keadaan diri kita sebenarnya???

Boleh ke kita ukur diri kita dengan binatang, tumbuhan, atau manusia lain?????

Yang aku tahu, tiada apa yang kurang dalam diri kita, cuma kita sekarang berpandukan Sunnah, Hadis dan Tuhan. Cuma sekarang kita di cabar oleh setiap insan untuk terus berjuang. Aku juga berasa iri hati bila tengok kawan - kawan aku berjaya, tapi x kan aku nak duduk diam, mesti la aku nk lebih dari kawan - kawan aku atau sama taraf. Kalau kawan - kawan ada pelajaran, aku pun mesti capai juga, kalau kawan - kawan ada kereta, aku mesti capai matlamat itu.

Senang sahaja, bila kita ada matlamat, kita akan berusaha sampai berjaya. Bagi aku, aku ni jenis suka fighting, aku jeles dengan kelebihan orang lain, tapi aku terus berusaha untuk sama memiliki sesuatu yang belum kita ada.

Betul juga kata motivasi, " Kalau kita ingin memiliki sesuatu yang belum pernah kita miliki, kita mesti buat apa yang kita belum pernah kita buat".


Dalam Al-Quran ada menyebut:


Hai pemalas, pergilah kepada semut, perhatikanlah lakunya dan jadilah bijak: biarpun tidak ada pemimpinnya, pengaturnya atau penguasanya,
ia menyediakan rotinya di musim panas, dan mengumpulkan makanannya pada waktu panas.
Hai pemalas, berapa lama lagi engkau berbaring? Bilakah engkau akan bangun dari tidurmu?
“Tidur sebentar lagi, mengantuk sebentar lagi, melipat tangan sebentar lagi untuk tinggal berbaring” — maka datanglah kemiskinan kepadamu seperti seorang penyerbu, dan kekurangan seperti orang yang bersenjata.
” Amsal 6:6-11



Ini pula cerita Semut dan Nabi Sulaiman:


Nabi:                 “Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu. 


Semut:              "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku. Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan”.


Nabi:               “Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong”.


Nabi:               “Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah”.


Semut:            “Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku.Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa”.

Ramli Sarip - Bukan Kerna Nama - TV Concert

Search & Wings - Gemuruh